Monday 28 November 2011

huhuhuhuhu... suara suara

MaLAm ni... Dah nak habis suara aku berlatih sajak... banyak kali plak tu. Besok suma pegi Majlis Perasmian Aksara Melayu Serumpun tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... xpergi siap....  sebelum tu... terima ksih kat Fazhilah Aziz, sudi pinjamkan sajak... nak tahu mcm mna sajaknya... tngok kt bawah ni.----->

 Bahasa jiwa bangsa…  Nor Fadhilah bt Abd Aziz

Bahasa jiwa bangsa menjadi cerminan setia
Untuk memartabatkan bangsa bagi bangsa mendaulatkan bahasa
Mekarnya bangsa dipagari bunga-bunga bahasa
Layu bahasa pilulah bangsa                                                                                                                                                         Bahasa dan bangsa harum semerbak di taman tercinta

Bahasa gah menyusuri tembok kebinasaan bangsa
Perjuangan darah merah yang masih segar di mata
Bahasa dilaung penuh semangat menangkis siulan sindiran dusta
Darah muda yang mendidih kaku di balik benteng bongkok nan kian rebah

Hanya sisa sadis yang bangkit menyulam rasa debaran cinta
Gegar  dan gentar diharungi sungai bersejarah
Bahasa diangkat biar nyawa melayang disambar peluru perkasa
Roh perwira takkan pernah luntur walau robek dipanah

Dimana hilangnya pemuda perkasa?
Dimana janji sumpah setia?
Luluh, pedih, perih dan sadis bila bangsa Melayu rebah dimamah usia..
Mana penyambung Hang Tuah warisan bahasa pujangga

Renungkanlah bangsa penggerak tamadun Melayu
Usah gentar meredah lautan dusta bahasa
Darah menitis saksi cinta hakiki pejuang bahasa bangsa
Bahasa jiwa bangsa…..



Saturday 26 November 2011

hahaahhahahah...

Apalah aku ni.. asyik nak post ja mesti tergelak-gelak... bukan apa...
Aku cuma nak orang kata aku ni happy go lucky ja..yer ker???... huhuhuhuhu


sebenarnya, hari ni xda motif utk postpown.. saja ja. nak hilangkan bosan.
sekadar berkongsi pendapat : Sebenarnya dengan menulis ni membolehkan kita mengurangkan tekanan yang dihadapi. Luahkanlah perasaanmu melalui penulisan.


Meluah perasaan melalui penulisan ini bukanlah bermakna kita perlu menulis perkataan yang menunjukkan kita ini marah seperti mengeluarkan perkataan-perkataan kesat tapi kita boleh menulis perkara-perkara yang positif. Hal ini bukan sahaja membolehkan kita tenang malahan membolehkan kita mempositifkan diri yakni memperbetulkan diri. 


Sebagai contoh, menulis perkataan MAAF. Maaf adalah perkataan terbaik sekiranya kita mengalami masalah dengan seseorang. Biarlah kita ini pihak yang benar sekalipun.

TERPULANGlah untuk kita menilainya...
Selamat mencuba!!!!


Friday 25 November 2011

AKU SI BAJU MELAYU

memandangkan ramai sangat yang suka dengan sajak ni... tergeraklah hati untuk mengepostnya...


Tika denai ini kita susuli
Berbagai ranjau onak berliku
Dicipta dek keserakahan manusiawi

Begitu Banyak insan tertindas
Atas alasan memikul tugas
Terlenakah kita bila tangisan menghingar
Membadakkah kita bila laungan simpati membadai

Kenapa bunga  yang terbaik ini bisa busuk
Bila tamak mencelak mata

Mana kotak akalmu?
Mana Hang  Tuahmu?
Kenapa Jebat itu dibangunkan?
Hingga rusuk telagah rusuk
Hingga kepala membenam kaki

Bangunlah sibaju melayu
Penuh suci menjunjung titah Illahi
Penuh bangga di pertiwi jaya ini
Penuh bergaya  menghunus keris terbilang
Atas nama si baju melayu

Sedarkah kita bahawa kita membuntal
Sedangkan ranting dipijak condong nk patah ke bumi
Janganlah begitu
Berbudilah kita sesama
Membina impian
Membina harapan
Wawasan terbilang

Berkata kita pada tugu 54 tahun merdeka
ingin setia sepanjang usia
Tapi, bila mata digelapkan
Oleh wangian duniawi
Kenapa kita bisa ditiup angin

 Terbinakah empayar keagungan bangsa,
Jika kita mengangguk sahaja?
Teguhkah pasak jati diri nusa,
Andai janji tidak dikota?
Tegakkah panji keamanan negara,
Jika diri diperhamba nafsu durjana?

Pernahkah kita terfikir
Mengapa banyak  pemimpin  terkubur
Atas apa warga semua
Kalau bukan angkara rasuah durjana

Hari ini juga
Angkara rasuah
Klcc bakal runtuh
Putrajaya yang dibangga bakal roboh
Menjejak langkah empayar Melaka yang rapuh.

Ahhhhhhhhhhhhh…
Katakan tidak kepada rasuah durjana ini
Rasuah ini membunuh Negara
Rasuah ini membakar si baju melayu

Bangun…Bangun…Bangun…
Jangan dibiar ternoda rasuah
Jangan dikotori bisikan iblis terlaknat
Jangan dihancuri oleh runtuhan tembok tamadun palsu yang dibina

Didiklah akal dan mindamu
Wahai si baju melayu
Kayakan tingkahmu dengan ilmu agama
Moga selamat dunia  akhirat

Ingatlah si baju melayu
Pakaian mu itu malu
Pakaianmu itu agamamu
Pakaianmu itu melayu

Cungkillah wira Hang Tuahmu                                                                                                    
Galilah akal kancilmu                                                                                                             
Bukan untuk siapa                                                                                                                          
Untuk kita dan tanah tercinta


Hasil nukilan:
KAUsturi (29/09/2011) 
AKU SI BAJU MELAYU  

Thursday 24 November 2011

JANGAN BUAT TAUUUUUUUUUUUUU

Pengalaman hari ini...


Semua nak hantar assigment/tugasan last minit. yang lawaknya, hari last hantar tugasan pasti penuh ja kedai yang menawarkan perkhidmatan printer. termasuklah aku ni. apa nak jadi.


Satu lagi. pasti ada saja insan-insan istimewa yang ditugaskan oleh rakan2nya sendiri untuk menjadi tukang pengantar tugasan mereka. Memang mulia kedua2 pihak ni... eeerrrrrrrkkk... pikir2lah sendiri. 


Menghantar tugasan lewat tu satu hal...
Yang paling teruk lagi, esok nk kena hantar malam ni baru nak tergopoh gapah untuk menyiapkan tugasan... alih-alih, rakan juga disusahkan. nak pinjam bibliografi la, nak pinjam isi la, nak pinjam tugasan la... Banyak la kau punya pinjam. eeerrrrrrrrrrkkkk, macam perli aku ja ni... haloo!!! bukan la, ak perli itik anak kucing kau tu...


Adakah ak termasuk dalam golongan ni???... huhuhuhu, ada la sikit2. apapun aku akan cuba untuk memperbaiki diri yang lemah ini. 



Alahai... malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

Assalamualaikum... Malam yang penuh barakah ini KAUsturi ingin membuat sedikit peringatan, terutamanya pada  diri sendiri, rakan-rakan yang berada di universiti dan adik-adik di sekolah...

kerajinan itu bukanlah datang dengan mudah... ia memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Almaklumlah, siapa yang tidak suka berseronok sepanjang masa (happy go lucky).

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

Pantun di atas sangat jelas dan sesuai untuk dijadikan contoh teladan, baik kita yang dewasa ini ataupun adik-adik. Syaitanpun kalau nak menggoda tu tidak mengira siapa. lagi-lagi orang yang tinggi ilmunya dan kita sebagai orang yang tidak berapa tinggi ilmunya ini harus memperbaiki diri.

Bercakap sebagai seorang pelajar universiti, memang ramai yang suka menangguhkan kerja yang pada mulanya sebiji pasir sahaja akhirnya setinggi Gunung Jerai. Barulah nak pening kepala, nak stres, nak mengamuk, taubat xnak on9 facebook, xnak buang masa dan sebagainya... hhuhuhuhu.. bercakap mcm xpernah buat saja... hahhahahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

"Adoiiiiiiiiiii.......... besok nak hantar tugasan ni. Belumpun ada pengenalan. Pensyarah ni memang satu, tugasan dia sahaja perlu kita buat..." hahahhahahaaaaaaaaaa..... Inilah ayat yang selalu kedengaran ... mengapa xdisalahkan diri kita sahaja. Persoalan yang memang akan terus menjadi persoalan.

Apapun, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".







Tuesday 22 November 2011


                                           RUGINYA IBU YANG BERNAMA PERTIWI ITU

Pertiwi itu bersedih lagi
melihat satu persatu anaknya mati
di jalan hina
dikapani jaluran dosa tidak terhitung
melintangi kiblat hidup yang sementara


teganya anak
kau bohongi pertiwi itu
kau tabur janji pada fitrahmu yang suci


tiada lagi cahaya
gelap itu mnunggumu
panas mentari mungkin biasa
oleh itu kau rela sengsara

Pertiwi itu bersedih lagi
Melihat mata-mata putih anaknya bertukar hitam
hangus dibakar dek kesengsaraan hidup yang fana
Pertiwi itu pernah berpesan
Kaulah amanah menjunjung amanah


jajahan ini  menakluki setiap titik tanah hatimu
darah-darah mengalir bertukar bisa
Yang akhirnya
Yang akhirnya
sendi hitam mula menikam
memakan rantaian falsafah yang ada

Kau durhaka
kau durhaka
Kau durhaka

Apa makna kemerdekaan itu
Andai kau tidak sayangkan ibu ini
Dia tak pernah rela kaya dengan emasmu yang tidak suci
dia tidak pernah rela hidup dengan nafasmu yang yang berbau kezaliman
dia tidak pernah rela anak-anaknya dijajah pautan duri berbisa

Bukan khayalan kita menjunjung langit
Amanah terpahat pada dasar sudut lahiriah insan
Bukan khayalan kita memijak bumi
Pada kaki tergalas berguni impian
Bukan Khayalan kita masuk kekandang ini
Ditarik kebarat tunduk jua pada durjana
Bukan lalang liuk lintuk ditiup angin
Tergoda jua pada hasutan yang laknat

Kita bukan bangsa yang lemah
Kita dilahirkan dipertiwi bertuah
Punya harga diri
Makna tiada terperi

Pernah jua pertiwi ini malu
Dek anaknya yang selalu bermadu
Leka pada cinta yang fana
Terjerat pada lingkaran
Tipu daya manusia

Hidup ini perlu berpaut pada tiang pertama
Gagah kukuh bersatu sesama
Bukan pincang dicincang nafsu
Tapi bijak dicatur ilmu

Pada si kaduk
Berfikir sebelum bertindak
Kerna kau pegang kau junjung
pawai  Kehendak
Pertiwi yang  berdaulat  

Esok kita lihat bagaimana
Mungkin mentari ini akan lebih cemerlang
Atau terus di tapak pembenaman

Nukilan:

KAUsturi
22/11/2011
KHAR, UPSI,
Tanjung Malim
Perak.


















KHAR


KOLEJ HARUN AMINURRASHID SI KAYA ITU


Dalam kerdil tubuh ini mengatur langkah

Terjatuhku dalam pelukan si Kaya

Kayanya bukan harta berjuta
Tapi kayanya kerna ilmu dan pengalaman bermakna.

Kau bapa terbaik
Kau ibu mulia
Kau didik anakmu
Berkiblatkan kebenaran
Kembali pada pencipta sekalian alam 
Kau semai benih rasa
Dalam setiap zarah
Mengukuh pautan bersatu sesama

Rambut-rambut hitam anak-anak si Kaya itu ak belai aku usap
Ku cuba fahami jaluran makna rerambut itu
Bagi mentafsir isi hati
Akhirnya ada ku temu jawapan
Dan ada pula
Rambutnya terlalu hitam
Hinggaku lemas dalam takrifan

Hari ini aku berdiri 
Atas pasak jati diri
Bakal membina entiti personaliti bestari
Kerana
Telah terpahat pada dinding hatimu
Pemacu wawasan
Nakhoda kemerdekaan 

Aku ingin mengukir jasa pada pipimu wahai si Kaya
Biar orang mengerti
Biar orang ketahui
Aku ini anak membalas budi
Bukan anak manabur duri
Bukan dada ini aku dabik
Untuk pamer keangkuhan
Tapi
Kerana keberanian
Menyembulkan mata-mata kederhakaan

Wahai tukang cerita durjana
Muncullah kau
Muncullah kau dari sekam
Muncullah kau dari daging
Usah kau pahat kehitaman
Pada seri wajah mulia

Wahai si Kaya
Takkan kubiar kau terpusara
Oleh kerusuhan minda-minda jumud
Yang meludah pada selangka perpaduan
Takkan kubiar kau musnah
Ditelan ribut kebodohan yang tak diajar

Desir angin nafasmu
Menghembus makna kesuma bangsa
Membangunkan si Tanggang
Mencari kelima paya
Bagi mengubati nanah sifatnya.

Kini kau si Kaya
Usah ragu dan sangsi
Anak-anakmu mampu berbudi
Anak-anakmu xrela perkosa nama yang tersohor ini
Kerana kau Kolej Harun Aminurrashid

Mungkin perjalanan ini akan tiba hujungnya
Tetapi aku tidak pernah meminta
Kerana cinta ini menyelubungi seluruh jiwa raga
Di bawah bayu kasih
Cinta Kolej Harun Aminurrashid

Nukilan :

KAUsturi
17/11/2011
Kolej Harun Aminurrashid, UPS

Monday 21 November 2011


Bersedialah anda......

Hari ini aku telah menghadapi situasi yang mana membentang secara mengejut. perbentangan ini berlangsung secara berkumpulan. Aku sekumpulan dengan Wahab, Wan, Amir n Khairuddin. Aku pembentang yang terakhir... masa berlalu terlalu pantas hingga masa untuk aku membentang tinggal 1 minit cuma. Akupun apa lagi, bukan sekadar ferrari ak pandu malah dibantu kuasa kilat. Habis semua berterabur. 


Yang peliknya, apa yang berlaku secara mengejut dan minit-minit akhir, sentiasa membolehkan kita bergerak pantas. Mungkin kita sebagai manusia agaknya. Apapun bersedialah terlebih awal, kerana itu yang terbaik.